Dari jam 2 sampailah ke jam 7 tadi, aku dan ibu membersihkan rumah aku, yang belum ada letrik dan grill. Beberapa perabot yang ibu beli telah sampai dan aku minta penghantar tu letak di bilik belakang. Tak merancang pun untuk ada apa-apa perabot dahulu, sebab aku nak perabot yang benar-benar mengikut citarasa aku, tapi..
Ibu: Ni kipas ni, kalau kau beli yang dalam gambar ni elok juga, ada promosi ni.
Aku: Letrik pun tak masuk lagi...
Seterusnya...
Ibu: Sofa elok kau suruh suami kau beli, tak perlu pakai duit kau.
Aku: Bila pulak acik ni ada suami?
Ibu: Kan tak lama lagi, kau jadikan dengan ...
Aku: Jangan harap pada orang, ada duit acik beli la
Ibu: Eh, nanti suami masuk cuci kaki saja.
Aku: Payahlah macamtu kalau nak beli sofa pun kena tunggu kahwin.
Kemudiannya lagi..
Ibu: Set katil tu letaklah kat bilik utama.
Acik:Acik tak suka katillah.
Ibu: Habis kau kahwin tak payah katil.
Aku: Bila pulak acik nak kahwin nih?
Kemudiannya lagi dan lagi
Ibu: Kabinet dan dapur masak yang ada dengan rak sekali tu, penting.
Aku: Grill tu yang penting, nanti beli barang, semua hilang baru ibu tahu.
Ibu: Rumah kau ni pasang tikar getah satu rumah la.
Aku: Suka hati acik lah nak pasang apa pun nanti.
Ibu: Rumah kau ni bagus, takde tangga kat belakang tu, terus jalan, senang nak buat masak-masak.
Aku: masak-masak apanya.
Ibu: nanti nak buat kenduri ke..apa ke..
Aku: Rumah ni takder nye nak buat kenduri2.
Lagi dan seterusnya..
Ibu: Kau buat pinjaman bank tak boleh ke, nak beli semua perabot dan alat letrik.
Aku: Taknak lah, bukannya nak duduk esok! Nak pasang grill saja dulu!
Perancangan aku, aku nak rumah sesederhana yang mungkin, aku cuma pentingkan keselamatannya dan hidup secukup rasa. Kalau boleh tak mahu buat pinjaman apa-apa buat masa sekarang, aku akan beli perabot dari masa kesemasa. Macam masuk menyewa rumah, sedikit-sedikit barulah ada barang. Memanglah aku nak pindah cepat dan tinggal bujang sebujangnya. Tapi, aku tahu abah takkan izinkan aku tinggal seorang, jadi buat apalah aku nak tergesa-gesa beli semua perabot selengkapnya. Ini pun ibu dah beli TV, meja makan dan satu set bilik. Dah rasa hampir lengkap.
Cuma perlu, dapur gas dan mesin basuh saja. Kalau aku menyimpan lagi, bolehlah aku beli mesin pembasuh pinggan dan pengering pakaian, hahaha. Robot yang gosok baju tiada pula dipasaran.
Kedai runcit
4 hours ago













